blog ini adalah hak sendiri dan segala coretan dan tulisan yang terdapat di dalam blog ini adalah milik haizumnadhirahyusoff semata-mata. segala perkaitan dan persamaan maklumat tiada kena mengena antara yang hidup dengan yang mati. harap maklum..

Sunday, April 9, 2017

Perawi Syria

buat permulaanya,
bukan mudah untuk aku suarakan,
bukan mudah untuk aku lemparkan.

dunia ini umpama sepi,
umpama tiada dinding berdiri,
umpama belati yang diizin mencucuk kaki,
umpama tangisan yang tak mungkin terhenti.

apa yang terjadi?
adakah dunia dikuasai fitnah duniawi,
adakah dunia kini mati dek lambakan janji-janji,
adakah dunia buta apa yang jadi,
adakah dunia seolah mengia kejamnya manusia akhir ini,
adakah dunia ikhlas membiarkan cecair merah pekat itu terus mengalir,
adakah dunia buta!

wahai Pecinta,
Kau Pencipta,

wahai Pencipta,
Kau tahu segalanya.

wahai yang tahu segalanya,
Kau pembela mereka.

wahai Pembela,
aku merayu hentikan penderitaan mereka.

tragis,
sungguh diam dunia ini,
sungguh sepi tanpa lunak emosi,
sungguh tenang seolah tiada kematian,
sungguh aman seolah tiada pembunuhan.

dunia, 
bangunlah,
bangunlah lihat kesengsaraan mereka,
bangunlah menghitung keringat air mata mereka,
bangunlah memeterai penderitaan mereka,
dengan seminit tadahan doa,
dengan seminit merasai bersama.

kerana akhirnya,
mudah untuk aku lemparkan,
tetapi bukan mudah untuk aku suarakan.



Wednesday, May 4, 2016


Hati-hati

Bila usia kita meningkat dewasa, kita lupa siapa kita 10 tahun yang lalu. Kita mudah lupa tentang yang dinamakan pengorbanan ayah dan ibu. Padahal waktu kita tiada mengenal A, B dan C merekalah yang menjunjung tinggi mengajar dan membelai dengan penuh kasih (bahkan seumpama terus dari Illahi). Kini, bila usia mulai mencapai keremajaan, kedewasaan kita lupa kerna asyik dengan kehidupan kita saja, lupa pada siapa yang membesarkan kita, malah lupa terus pada yang Maha Esa. Siapa kita nak menolak takdir dariNya? Masakan hujan sampai ke petang? Pasti bergilir kan upaya dan daya kita untuk meneruskan kehidupan tanpa restu terutama dari Illahi?

Maka, di sini lahirnya seorang pejuang duniawi. Seorang pejuang manusiawi, bergelar siswazah bukan beerti belajar tanpa henti, menulis lagu yang iramanya sepi, mengarang nota yang beralun nada sunyi tapi kita di dunia ini sudah termaktub tugasnya sebagai khalifah bumi! Bukan duduk di kerusi saja menanti kerja di sana sini, bukan hanya menunggu "kepulan" dana dari yang entah dari mana sumbernya, bangun segera! Bukan untuk sesiapa, untuk kita juga sepertinya!

Cinta? hai cik adik dan cik abang, dah berupaya mencintai ayah dan ibu? dah berusaha menjadi anak yang taat? dah berusaha memberi apa yang mereka mahu? dah mulakan perhitungan memberi kepada saudara sendiri? jika ya, nah teruskan.. jika belum, maka lupakan.. 

tanggungjawabmu masih berat, masih terlalu awal untuk usiamu memberi pada yang lain selain dari ayah dan ibumu, masih terlalu muda untuk melangkah pergi meninggalkan yang lama sambil hatimu diusik yang baru? Ini bukan soal mempertikai hal cinta, ini juga bukan soal memperjudikan maruah kita, tetapi kita sama-sama seorang anak, sama-sama seorang mahasiswa, sama-sama seorang yang tahu budi itu ada pada keduanya, sama-sama tahu bahawa syurga dan neraka itu ada yang layak untuknya. 

Nasihat itu tak perlu berbasa basi, tidak perlu berhitung puisi, tidak perlu kerna semuanya terdapat di segumpal darah yang bernama hati. 


Cinta

wanita itu terlahir bukan untuk disakiti,
sedihnya bukan beerti menyediri,
wanita itu tercipta kekuatan,
di dalamnya punya selembar kelemahan,
jiwanya rapuh terkena cemuhan,

tatkala purnama menyinsing lagi,
tika itu dia berdiri,
berdiri bukan beerti lari,
tapi belari malangkah pergi,
bukan pula terus membenci,
sekadar mengubat tusukan belati,

tulangmu tercipta bukan berkurang,
tubuhmu melipat bukan sebarang,
gayamu aneh di kala siang,
sedang malam mu berduka sepanjang,

bangunlah sayang,
menyembah bumi yakni Illahi,
mengurang duka di kala sepi,
tempatmu bukan di sini lagi,
tempat mu tepat di sisi Illahi. 



Dia yang setia

Hawa!
jangan kau bertidak dengan nasibmu,
jangan kau berdusta dengan akalmu,
jangan kau mengikut kata hatimu.

Hawa! 
setidaknya kau terlebih dahulu tahu,
apa nasib yang bakal menimpa,
setelah kau menyerah segala,
setelah kau diperlaku sedemikian rupa.

Hawa!
malukah kau digelar penjaga cinta,
cinta istimewa buat yang istimewa,
cinta mekar hanya untuk Dia,
cinta suci hanya untuk Dia,
cinta tulus hanya untuk Dia.

Hawa!
bangun segera,
sedar semena,
kaget kau tiada guna,
andai masa tepat mengena,
pada dia yang salah,
pada dia yang bukan sesiapa,
pada dia yang sedang gembira,
atas duka yang kau merasa,
atas sengsara yang dia cipta,
atas luka yang kau sendiri terkesima.

Hawa! 
sedarlah sayang, 
waktumu masih tersisa,
pintu taubatmu masih terbuka,
segera pulang padaNya,
pulang pada Dia yang setia,
pasti selamanya. 

Tuesday, May 3, 2016

Bergema

aku tahu kudrat ini tak mampu melawan arus gelodak remaja,
pantas ketika itu aku hampir tewas dalam gengaman si dia pendusta dunia,
aku alpa dengan ceritera mestika,
aku alpa dengan cinta monyet buatan manusia,

aku lupa pada Pencipta,
aku lupa pada siapa aku harus bahagia,
aku lupa pada Dia yang Maha Esa,
aku kaku melihat wajah ibu terbujur kaku,
aku berdosa, 
malah lebih darinya aku merasa,

wahai sang iblis dunia,
aku tewas dengan ajakan duniawi kau,
aku terdampar kecewa mengikuti helahmu,
aku berdoa tanpa henti,
agar muncul kembali sinar,

sinar yang pasti akan berakhir dengan satu harapan,
harapan Allah memberi,
harapan Allah menyintai,
harapan Allah menyayangi kembali.  
aku rebah, aku lelah

datang kau bersama setia, 
datang kau membawa bahagia,
datang kau bersama cinta,
datang kau bersama sebuah dunia,
dunia yang aku sendiri kaku melihatnya,

kau,
ajarkan aku cinta,
kau,
ajarkan aku setia,
kau,
hadir umpama cahaya menyilau mata,
aku rebah, tanpa kau,
aku rebah, tanpa kasih kau,
aku rebah, tanpa usikan kau.

aku, alpa
aku, leka
aku, meniti hari bersama keluhan rasa,
aku, mencari halu tuju lainnya,
aku, terdampar di situ, 
resah entah kenapa,
resah entah gelisah apa,
resah andai kau semena tiada,
resah andai kau pergi jua.

terluka itu aku,
merana itu pasti aku,
kudrat kehilanganmu tidak termampu,
halalkan cintaku padamu,
halalku pada pelusukmu,
halalkan aku untuk bersamamu. 


Cinta teragung.  


wajah lesu ku taut,
usah ku biar kau derita disebabkan durjana dunia,
aku kau puja,
aku kau dusta,
aku kau terjah dengan bisikan dusta,


kau siapa?
mahu kau apa?
pergi kau bersama dia,
kau tidak ku puja,
kau tidak ku jumpa,
kau siapa?

masih aku menanti,
masih aku tersisi di bawa ombak ke pesisir,
masih aku layu dengan usai manja lekukmu,
pena aku meratap lembaran warkah cinta,
pena aku menagis melempar kata cinta dusta semata,
pena aku lelah,
lalu kaku dan rebah.

aku punya jiwa,
jiwa yang semata,
semata mengharap cinta,
cinta yang setia, 
pasti yang bukan dusta. 

Friday, February 26, 2016

Universitas Muhammadiyah Yogyakarta, Indonesia


Assalamualaikum wbt..

Syukur, Alhamdulillah.. sempat juga update blog ye.. dah lama rasa tak update, bukan lupa tetapi kehidupan seorang mahasiswa selalunya memang akan dilanda ribut bak kata masyarakat Jawa di utara Indonesia ini. huhu.. ok, let me start to the actual point. Hari ni Feb 26, 2016 saya kini berada di Universitas Muhammadiyah Yogyakarta! (Asikkkkkk amat tau ngak).. okey, saya ditawarkan mengikuti program "exchange student" di Universitas Muhammadiyah Yogyakarta ini selama 6 bulan. Pada mulanya, memang agak berat nak terima. Faktor kesihatan no satu !! tetapi pesan bonda tercinta, belajarlah, kejarlah ilmu walau hakikatnya pahit sekali. gitew!

So, setelah selesai istikarah (istikarah not only for cari jodoh okey :D), saya pasti ini akan menjadi sebuah memori yang amat istimewa dalam kamus hidup saya. Jadi, seusai urusan di Malaysia maka saya dan lima lagi kawan pun berangkat ke Kota peninggalan masyarakat Hinduism dan Budhaism ni maka tanggal Feb 18. Nah! Perjalanan yang amat memenatkan. Bukan mengeluh ya malah bersyukur akhirnya kami sampai dan disambut mesra oleh kakitangan dari UMY. Tapi ada sedikit keluhannya.. haha.. di sini panas sekali berbanding di Malaysia, But, its ok. Akhirat Allah kan lagi dasyat.  :D

Perjalanan daripada airport Yogyakarta untuk ke UMY mengambil masa kira-kira 40 minit. Agak memenatkan kerana there is no high way here. But, so k. Bukan menjadi masalah besar pun, need to glad always! Jadi sesampai sahaja di UMY kami dibwa ke bilik masing (2 student for each room), dan perkara pertama yang kami buat adalah cari makan!!! Hey, seharian tak makan tau. So kena la alas perut. Nasib baik dah tukar duit kat Malaysia. Tapi the price macam beli RM kat sini, MAHAL! Kat mana? kat airport la. Kalau di lain tempat rasa murah sikit, so kalau di airport harganya akan jadi mahal sedikit la, so k... diaorang kan nak bayar semua benda kat situ, so all services had their own tag! huhu... so, kat Malaysia saya dah tukar 1 juta rupiah (MYR 353.00).

Jadi lepas makan je terus balik kemas barang.. nak tengok gambar ye? huhu.. okey, nanti saya akan update gambar, semua images dalam iphone. Macam la korang tak tau iphone mana nak share hak dia dengan orang lain melainkan sesama sejenisnya. Tapi kini jangan risau dah ada app yang boleh kita guna untuk share file n all more easier such as "Shareit" ! Ni cuma alasan je tak nak masukan gambar lagi. huhu.. penat sebenarnya. So, lepas kemas keesokan harinya kami ke IRO which is their International Relation Organisation to setup our course and schedule.

Di sana, kami dibawa kepada Mas Idham oleh teman Indonesia kami iaitu Dany. Setelah usai urusan bersama mas Idham kami langsung dibawa berjumpa dengan Pak Taufik di mana Pak Taufik inilah yang menguruskan semua keperluan pembelajaran kami. His setup our class and he is very kind man, I swear! After all finished, wev back to our UNIRES, oh forget.. UNIRES is our penginapan sepanjang kami berada di sana. :) sory.. ermm... apa lagi ya, rasanya itu je dulu kot. Saya dah nak stop typing kerana di sini udah magrib, dan saya janji akan masukkan gambar. Promise! :)


So, love you all. Keep in touch ya! :)