blog ini adalah hak sendiri dan segala coretan dan tulisan yang terdapat di dalam blog ini adalah milik haizumnadhirahyusoff semata-mata. segala perkaitan dan persamaan maklumat tiada kena mengena antara yang hidup dengan yang mati. harap maklum..

Saturday, October 17, 2015

Hudud!


oleh haizum nadhirah

Saat kita mendengar deringan telefon, hati pasti rasa gundah bukan? macam-macam yang bermain di benak fikiran. Siapa yang tetefon, apa yang bakal didengarkan lebih -lebih lagi apabila panggilan itu didengari sekitar jam 3 pagi ke atas! Pasti hati merobek ingin tahu siapa yang sakit, siapa yang mati, siapa yang apa-apa? Wah, hebat bukan, inilah yang dikatakan oleh ustaz-ustaz atau penceramah tentang fitnah Al-Masih AlDajjal. Dunia kian hampir dengan penghujungnya namun kita masih lagi alpa dan leka dengan hukum manusia! Allah sudah memberi masa yang terlalu lama untuk kita tunduk pada perintahNya, namun kita sering kali ingkar. 

Jari mula ditundung ke sana ke mari apabila berlaku jenayah yang semakin membabi buta. Umpama cendawan tumbuh selepas hujan jenayah di Malaysia kini. Dulunya, nak dengar orang menjerit minta tolong jarang sekali, tapi hari ni punyalah hebat hinggakan membunuh sesama sendiri tu umpama menyembelih ayam di musim korban. Tiada limitasinya. Apa sudah jadi dengan pemerintahan di Malaysia. Inikah yang dinobatkan sebagai bumi Islam? Maksiat merata-rata, kelab malam bermegah-megah menayang keangkuhannya, wanita membuka aurat semakin tidak bersisa, zina sudah perkara biasa,  umpat mengata menjadi santapan semua! Inikah yang Islam ajarkan? Inikah yang hudud pertahankan? 

Orang yang beragama asing menyokong hudud, kita yang Islam menolak hudud! Siapa kita? Sekarang nak tunjuk kuasa yang sekecil kuman kuku di depan Allah, nanti di Masyar berheret muka mencari kembali redha Allah, tiada guna pada ketika itu jika ianya cuma sia-sia. tanggungjawab kita sebagai hamba Allah adalah menurut perintah dan meninggalkan larangannya! Bukan menjadi hamba abdi kepada kuasa asing yang mempersembah sejuta kesenangan yang bajanya dari yang haram! Islam bukan begitu. Hudud jauh sekali. 

Hudud ini adalah hukum Allah, apabila Allah menuntut pelaksanaannya maka ianya punya hikmah! Lihat apa yang berlaku di Brunei? Sultannnya? Bagaimana mereka setenang itu? kerana pemimpinnya merendah diri pada Allah bukan berbangga diri, namun kita pula merasakan bahawa akan hidup selama berjuta tahun! Mustahil! Bertindak sementara masih ada masa. Laksanakan hudud! Hudud itu hisab Allah di bumi supaya untung nasib di Arash diringankan. Ini tidak, tidak setuju malah memperkotak-katikkan hukuman Allah. Malu bila kita Islam tapi menolak ajaran Muhammad SAW. Malu jika kita Islam tapi menafikan hak Allah. Malu jika kita Islam tapi takut pada hukuman manusia berbanding hukuman Allah. Rugi kerana hudud adalah penyelesai kepada semua masalah. Rugi keran hudud adalah nikmat Allah pada hambaNya.