blog ini adalah hak sendiri dan segala coretan dan tulisan yang terdapat di dalam blog ini adalah milik haizumnadhirahyusoff semata-mata. segala perkaitan dan persamaan maklumat tiada kena mengena antara yang hidup dengan yang mati. harap maklum..

Friday, February 15, 2013


Danok, Thailand. 

.... satu detik perhubungan yang indah adalah yang lahir nya perasaan itu tanpa batas waktu...
 sering kita mendengar tapi tak pula kita mencerap.. kerana jika kita mencerap sudah pasti tiada lagi institusi untuk meninggalkan ibu bapa di sana sini...! siapa kita nak melawan kehendak dan takdir Illahi.. bukankah kita lahir sebagai seorang pejuang?? pejuang di sini bukan bermakna hanya di medan perang namun pejuang yang irah maksudkan adalah pejuang yang berjaya menjadi anak yang soleh dan solehah kepada ibu bapa kita.. bukan pejuang yang berjaya meletakkan ibu bapa mereka di rumah2 kebajikan? apa salah mereka? apa dosa mereka? dosa mereka kerana mereka nyayuk? cuba bayangkan kembali letah kita semasa kecik? tak mampu untuk kita bayar semula jasa mereka..  
bukan susah, cuma beri makan dan tempat tinggal.. walaupun tiada kasih sayang..irah sgt sedih bila mana ada di dada akhbar mengatakan ibu dibuang anak? bapa dihalau keluar? subhanallah..jadi, mari kita sama2 menjadi anak yang terbaik bukan anak yang menempah neraka.. nauzzubillah... jadi irah sangat menghargai ibu bapa irahkerana irah tahu macam mana susahnya membesarkan irah dan adik2 yang lain, semoga irah dan semua kawan2 di kalangan orang yang mendapat petunjuk :)....   
       hari ni irah bawak mak dan ayah serta adik bongsu pergi bercuti di Danok, Thailand... mak dah merungut kaki sakit, jadi irah bawak mak pergi SPA di sana... di sana urutan dan harga adalah sangat memuaskan... jika di sini, bumi Malaysia yang tercinta mana dapat potong rambut, siap cuci dua oarang RM30? di sana boleh dapat harga tu...
      selain dari tu, kita juga dapat beli barang keperluan lain seperti sayur, buah dan pakaian dengan harga yang sangat berpatutan...mana tak geram...kalau boleh hari2 nak pergi tau.. tapi, lebih elok jika berbelanja di Malaysia dari di luar kerana kita dapat selamatkan penyaluran matawang kita di sana...    
     


haa.. ni irah dengan bonda tercinta kat depan pintu masuk pusat SPA...hotel di belakang irah tu la hotel yang kena bom hari tu... kan kes diorang nak bunuh orang islam di daerah sini...so, kepada sapa2 yang plan nak pergi sila berhati2 ye.. bukan apa, takut juga nnati malang tak berbau.. dah nama pun tempat orang kan... nasib baik lah ayah irah penguatkuasa, so bila jalan tu rasa selamat sekit.. hehe.. advantage tuh!
   kalau dah dapat bergambar gini la jadinya, terbalik habis semua..  hehe



  ayah pulak ni lah kejenya.. bersembang je, heii ayah pandai cakap siam ok! hehe



           
irah pun kena la urut jugakk..hehe.. jangan tak tahu.. abg kakak ni dual tau.. hehe.. tapi urutan dia sangat lah sedap.. klu makanan tu boleh la jilat jari kan, ni urutan nk jilat apa.. hehe.. tapi shes wonderful n preetyy! like her him.. tak tahu nak mention apa jantinanya.. huhu


jangan dilupakan si adik bongsu irah yang manja sgt2 ni.. dia pun kena SPA juga tau.. karang dari Thai dampailah ke rumah asyik menyebai je mukanya.. huhu..

SHOPPING!





haaa..ni la antara secebis pekan Danok.. time to shopping dan sesiapa yang teriangin sangat nak berjalan dan melancong ke sana harap dapatkan nasihat dari kawan2 ye...
sehingga ketemu lagi.. daaa.. :)