blog ini adalah hak sendiri dan segala coretan dan tulisan yang terdapat di dalam blog ini adalah milik haizumnadhirahyusoff semata-mata. segala perkaitan dan persamaan maklumat tiada kena mengena antara yang hidup dengan yang mati. harap maklum..

Sunday, April 9, 2017

Perawi Syria

buat permulaanya,
bukan mudah untuk aku suarakan,
bukan mudah untuk aku lemparkan.

dunia ini umpama sepi,
umpama tiada dinding berdiri,
umpama belati yang diizin mencucuk kaki,
umpama tangisan yang tak mungkin terhenti.

apa yang terjadi?
adakah dunia dikuasai fitnah duniawi,
adakah dunia kini mati dek lambakan janji-janji,
adakah dunia buta apa yang jadi,
adakah dunia seolah mengia kejamnya manusia akhir ini,
adakah dunia ikhlas membiarkan cecair merah pekat itu terus mengalir,
adakah dunia buta!

wahai Pecinta,
Kau Pencipta,

wahai Pencipta,
Kau tahu segalanya.

wahai yang tahu segalanya,
Kau pembela mereka.

wahai Pembela,
aku merayu hentikan penderitaan mereka.

tragis,
sungguh diam dunia ini,
sungguh sepi tanpa lunak emosi,
sungguh tenang seolah tiada kematian,
sungguh aman seolah tiada pembunuhan.

dunia, 
bangunlah,
bangunlah lihat kesengsaraan mereka,
bangunlah menghitung keringat air mata mereka,
bangunlah memeterai penderitaan mereka,
dengan seminit tadahan doa,
dengan seminit merasai bersama.

kerana akhirnya,
mudah untuk aku lemparkan,
tetapi bukan mudah untuk aku suarakan.



No comments: