blog ini adalah hak sendiri dan segala coretan dan tulisan yang terdapat di dalam blog ini adalah milik haizumnadhirahyusoff semata-mata. segala perkaitan dan persamaan maklumat tiada kena mengena antara yang hidup dengan yang mati. harap maklum..

Wednesday, May 4, 2016

Dia yang setia

Hawa!
jangan kau bertidak dengan nasibmu,
jangan kau berdusta dengan akalmu,
jangan kau mengikut kata hatimu.

Hawa! 
setidaknya kau terlebih dahulu tahu,
apa nasib yang bakal menimpa,
setelah kau menyerah segala,
setelah kau diperlaku sedemikian rupa.

Hawa!
malukah kau digelar penjaga cinta,
cinta istimewa buat yang istimewa,
cinta mekar hanya untuk Dia,
cinta suci hanya untuk Dia,
cinta tulus hanya untuk Dia.

Hawa!
bangun segera,
sedar semena,
kaget kau tiada guna,
andai masa tepat mengena,
pada dia yang salah,
pada dia yang bukan sesiapa,
pada dia yang sedang gembira,
atas duka yang kau merasa,
atas sengsara yang dia cipta,
atas luka yang kau sendiri terkesima.

Hawa! 
sedarlah sayang, 
waktumu masih tersisa,
pintu taubatmu masih terbuka,
segera pulang padaNya,
pulang pada Dia yang setia,
pasti selamanya. 

No comments: