blog ini adalah hak sendiri dan segala coretan dan tulisan yang terdapat di dalam blog ini adalah milik haizumnadhirahyusoff semata-mata. segala perkaitan dan persamaan maklumat tiada kena mengena antara yang hidup dengan yang mati. harap maklum..

Tuesday, May 3, 2016

aku rebah, aku lelah

datang kau bersama setia, 
datang kau membawa bahagia,
datang kau bersama cinta,
datang kau bersama sebuah dunia,
dunia yang aku sendiri kaku melihatnya,

kau,
ajarkan aku cinta,
kau,
ajarkan aku setia,
kau,
hadir umpama cahaya menyilau mata,
aku rebah, tanpa kau,
aku rebah, tanpa kasih kau,
aku rebah, tanpa usikan kau.

aku, alpa
aku, leka
aku, meniti hari bersama keluhan rasa,
aku, mencari halu tuju lainnya,
aku, terdampar di situ, 
resah entah kenapa,
resah entah gelisah apa,
resah andai kau semena tiada,
resah andai kau pergi jua.

terluka itu aku,
merana itu pasti aku,
kudrat kehilanganmu tidak termampu,
halalkan cintaku padamu,
halalku pada pelusukmu,
halalkan aku untuk bersamamu. 


No comments: